Setiap peralihan waktu solat
sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan
dicerap melalui perubahan warna alam. Sebagai contoh, pada waktu Subuh
alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan
frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Waktu Subuh (Kesehatan & Rezeki)
Jadi
warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahasia berkaitan dengan
kesehatan, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu
Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini
karena tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang
mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang
dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat
kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya
saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Dzuhur (Keceriaan)
Warna
alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan
kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahasia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau
terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Waktu Ashar (Kreativitas)
Kemudian
warna alam akan berubah kepada warna oranye,yiaitu masuknya waktu Asar
di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahasia warna oranye ialah kreativitas. Orang yang kerap tertinggal Asar
akan hilang daya kreativitasnya dan lebih malang lagi kalau di waktu
Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah. Dan jangan lupa, tenaga
pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Waktu Maghrib (Keyakinan)
Menjelang
waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini
kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat
Maghrib dulu.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahasia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isya (Ketentraman & Kedamaian)
Apabila
masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta
dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam istirahat.
Qiyamul Lail
Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.
Begitulah
secara ringkas keterkaitan waktu solat dengan tubuh manusia. Manusia
kini memang telah menyadari akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah
faktor penyebab munculnya bermacam-macam meditasi yang dicipta seperti
taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Dan
Kita sebagai umat Islam patut bersyukur kerana telah dikaruniai syariat
sholat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak
menyerap tenaga alam ini lewat berbagai macam tekhnik yang mulai tumbuh
tadi. Hakikat ini seharusnya menyadarkan kita bahwa Allah s.w.t
mewajibkan sholat atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya
sebagai pencipta karena Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah
amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat lalai dalam menjaga
solatnya. Semua yang terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala
makhluk2 nya.
Komentar